Egokah aku?

by; Wali band. jeng jeng jengg..



eh tak. entry kali ni bukan nak cerita pasal lirik lagu si pakcik wali ni. cuma aku terfikir sejenak pagi tadi bila dengar lagu ni dimainkan di corong-corong handphone adik aku. sambil makan breakfast, aku berfikir. egokah aku? terus aku berfikir lebih jauh, siapa lebih ego? PRIA atau WANITA?


kalau ikutkan hati dan perasaan, memang aku akan menang kan kaum wanita. *siapa tak nak menang kan kaum sendiri* tapi salah ke aku, kalau aku cakap perempuan tak kurang ego nya dari lelaki? aku selalu gaduh dengan adik aku sebab aku rasa segala benda yang dia buat tak betul and semua yang aku buat betul. egokah aku? lalu aku pun mula kan pencarian ku di internet pada pagi yang indah nian ni. *memandangkan aku pun takde kerja sangat* setelah berjam lamanya aku menelaah, aku pun jump into conclusion, ego lelaki macam menara KLCC, ego perempuan menggunung macam bukit belakang rumah aku. *hehe. cukup tinggi tak?* 


ego si pria, 
memang naluri lelaki untuk ber-ego tinggi lagi2 bila di kelilingi wanita. lelaki ni akan rasa diri diorang hebat bila diorang sempurna dari segala sudut. rupa, study and all. lelaki akan bertambah tambah ego bila dirinya di cabar. konon habis macho la tuh. contoh; ni kisah benar tau! semalam aku naik tangga rumah aku. tengah lari naik tangga ni, nak amik dompet dalam bilik punya pasal. ak terserempak dengan makcik lipas yang sangat besar n boleh terbang. aku pun apa lagi, tegur la lipas tuh. sambil berdiri 4-5 meter dari beliau. dalam keadaan harmoni tuh, adik aku pun dengan ego nya, naik atas. sambil pegang spray lipas di tangan kanan. dia gelak kan aku, sambil berdiri betul2 depan lipas tersebut. tengah dia syok mainkan aku, lipas tuh terbang depan muka dia, apa lagi, menjerit bak perempuan la beliau. spray di tangan terus di angkat dan di spray meliar. aku yang berada 4-5 meter dari tempat kejadian apa lagi, gelak tak ingat dunia dah! dia pun explain la bahawa dia tak takut sebenarnya, cuma terkejut. ye la tuh. oke. dari kisah ni, aku dapat rasakan ego lelaki  membina bak menara KLCC kalau bab2 nak tunjuk hero ni. dan ego lelaki sukar di tunduk bagi aku. sebab lelaki ni angin lain sikit. kalau mengamuk, gunung everest pun boleh meletup. haa, bagaimana dengan ego si wanita?


ego si wanita,
wanita tak ego. haha. oke, be fair la. wanita, perempua, tino, semua la. masing-masing ada ego tersendiri. kalau bab lawan mulut ni, ego perempuan membuak-buak n mulut diorang tak kan berenti macam popcorn, sampai pihak lawan terdiam dan terduduk. begitu la ego wanita. lagi dasyat, dunia sekarang. ramai wanita bekerjaya yang merasakan diri nya boleh hidup sendiri tanpa lelaki yang menyokong. tak salah, kahwin tu pun ikut sunnah. tapi, tak rasa diri mereka egokah? merasakan diri terlalu hebat sehingga menganggap hidup sebagai andartu tu perkara biasa? uhh. lagi satu, kalau lelaki dengan perempuan bergaduh? ego siapa lagi tinggi? si pemenang lah semestinya. dan mengikut kajian kasar ak, berdasarkan mata bogel aku, *naked eyes* si pakwe atau lelaki akan tunduk mengeluh setiap kali bergaduh. random perempuan yang mengalah dulu. 


setelah di kaji, di korek di timbus balik, aku pun merasa kan lelaki dan perempuan, 2 x 5 je. tak payah tunding2 jari kat kaum lain. sebab 2 jari tunding kat orang lain, 3 jari lagi tunding kat diri sendiri gak. cuba tunding jari tengok. haa. kan betul. oke la. aku tak biasa la membebel-bebel ni. dah macam makcik2 pulak. HAHA. 




p/s; rendahkan la ego masing-masing ea. mengalah la. benefit dapat kat diri gak. pahala. coz life's never fair. but ALLAH is always fair. :D