Mari Jelajah Pasar Pagi !



Assalamualaikum.

Jadi, terhibur kah anda dengan video di atas? Di sini, saya ingin menyatakan kekesalan saya terhadap si pembuat video. Sanggup mempergunakan siput sedut sebagai wadah untuk kepuasaan sendiri semata mata. *muka tak tau malu 

Okay. Bila aku cakap pasar pagi, i really mean it. Aku terpaksa bangun pukul 4 pagi sebab nak kejarkan pasar yang berlokasi di Klang tu. Ayah aku cakap, pasar tu mula buka pukul 2 atau 3 pagi, dan tutup pukul 7 pagi. Uuu mak aii, memang kalah 7e lahh. Punya ramai orang - berpusu pusu nak beli ikan lah, kerang lah, siput sedut lahh. Haa, aku bukan nak cerita pasal keadaan pasar pagi tadi. Aku sebenarnya nak ce cite kejadiaan menarik yang terjadi pagi tadi.

AH MOI.
Kat pasar basah tu, boleh kata 99% tauke ikan dia orang cina. So, pendek cerita, yang pekerja pekerja dia boleh kata 90% bangla. aku bukan nak cakap yang aku ni racist ke apa. TAKK. dah memang dia orang tu bangla kan. :) jadi, yang bangla bangla ni dok memekak lah "IKAN MURAH IKAN MURAH". meriah. Semeriah konsert justin bieber 2 hari lepas. haha. Tengah aku lalu sebelah seorang bangla yang dok memekak ni, tetiba dia berhenti memekak, dia pandang aku pastu cakap " ah moi, mau ikan mana? ". Aku tersentap bhaii. Nak kata muka aku macam cina, sah sah lah mata aku sebulat kuning telur mata kerbau. Nak kata aku putih, kulit aku kuning langsat. Tang mana tah dia boleh panggil aku 'ah moi'. Tu lah. Pengaruh majikan. Sampai cakap pun tersyasyul *tersasul

Suspek ; Ah Chong
Shark Tale
Oh yang ni tak ada apa apa. Cuma aku teruja tengok orang jual jerung sebijik kat pasar. Kira kilo pulak tu. Hmm. Is it legal by the way?


Ye KAK?
Okay yang ni menarik. Situasi; aku dengan ayah aku nak pergi beli petai. Ada seorang budak perempuan ni tengah jaga kedai *aku tak tau istilah tapak tuh. Tengah usha-usha petai yang nak di beli, tiba tiba budak perempuan tu cakap " ye kak? ". Aku bajet dia tengah tegur aku lah. Aku pandang dia, senyum. Tapi dia tengah pandang ayah aku. Sebab ayah aku yang tengah belek petai tu. Lepas tu ayah aku tanya " Satu ikat berapa dik? ". " 3 ringgit satu kak. ". Terdiam aku. Rupa-rupanya yang tadi dia tegur "kak" tu pun ayah aku. Punya lah aku tahan gelak. Apa comel sangat ke ayah aku sampai di salah tafsir sebagai "kak"? Lain lah kalau ayah aku tuh muka macam J. Alexander dalam american next top model tu kan. Muka punya kontrol macho. Aku tak tahu menahu pulak budak tu asal orang mana. eh, ada ke negeri lain yang gelar lelaki tu "kak" kat Malaysia ni? Kalau ada, habaq mai. Cek nak tau gak. 

Nadi semua penjual. No penimbang, No income. :DD


Tu sahaja dari aku hari ni. Aku nak berpantun sikit boleh? eh, ada kau orang kisah ke? *tangan di dada, mata ke atas*


Santan Ayam Ikan Tenggiri,
Panjang Umur Jumpa lagi. 


Sorry .
Aku tak reti berpantun.
Peace.  :))

COUPLE-ing

Assalamualaikum.

Hmm. Percaya atau tidak bahawasanya Nur Syahirah Zainuddin melalui kehidupannya selama 18 tahun tanpa terikat dengan mana mana lelaki atau dalam erti kata lain-couple. ya ya. Peduli apa aku? Bagi aku, penting sangatkah seseorang itu untuk mempunyai lelaki *selain ayah aku of coz dalam melalui zaman remajanya? mungkin ada yang tak boleh hidup tanpa lelaki. Ye lahh. Nak merasa diri disayangi, ada lah yang caring, tanya soalan cemas macam " dah makan? tengah buat apa? dah berak? dah tu? dah ni? ". oh ye. every single minute. HAHA. rasa macam artis kan? kan? tinggal si dia tak minta tanda tangan setiap kali dating je. Lol.

Syiro + John. :D

Oh. Aku bukannya tak mahu. Eh, Aku memang tak nak pun bercouple. Bukannya tak laku pun. Hell-o. Siapa yang nak kat saya, angkat tangan macam saya~ Sila isi borang secara online. Temuduga akan dijalankan dalam masa terdekat. hehe. 

1. Perasan muda
aku perasan yang umur aku baru 13 tahun ke bawah dan itu memang sebab munasabab yang kukuh untuk aku tak mahu bercouple lagi. insting muda ni telah menyebabkan aku berkelakuan seperti monyet kadang kadang. hey, hidup macam kanak kanak menarik bukan? zero masalah. segala apa kesalahan yang kita buat, dewasa akan fikir  "alahh, budak lagi." tiket wayang pun murah. masuk tandas free. indahnya dunia kanak kanak. okay. back to reality. hakikatnya muka dah macam rebecca black. fun fun think about FUN

2. Memilih
okay. hakikinya memang aku seorang yang cerewet. kalau boleh, aku nak yang kaya, handsome, pendek. tett. semua yang aku nyatakan tadi dalam drama ada lahh. drama melayu. penuh kepura-puraan semata mata. aku sangat determine ya. dalam 18 tahun aku hidup, rasa rasa tak ramai yang menepati ciri ciri yang aku cari dalam diri seseorang lelaki; solat cukup 5 waktu, periang, tak merokok, tak selekeh, muka tak tahu malu. hahh. susah susah. sesiapa yang rasa cukup kriteria yang dinyatakan, sila hantar borang sebelum tarikh luput. 

3. Duit oh duit
duit memang penting dalam dunia marcapada ini. dan untuk mengurangkan bebanan mak aku untuk membayar bil telefon aku pada tiap tiap bulan. oh anak mithali nya aku. kalau aku bercouple, mahu melambung bil air, eh, bil telefon aku. kalau tak ber-sms, telefon. kalau dah telefon tu, takkan telefon 2 atau 3 minit je. mahu merapu sayang sana sini dengan ayat bunga taik ayam semua, boleh ambil masa 1 ke 2 jam. fuhh. berapi telinga. tak kira lagi berapi hati mak aku nak membayar bil aku nanti. tu baru telefon. masa dating, tak kan nak makan restoran mamak kan? paling kurang arabic cafe', secret recipe, pasal nak tunjuk kasih sayang yang membuak buak, sanggup keluar lagi duit bayarkan makan minum tadi. walhal, duit tu boleh guna nak beli cd game ke, gula gula ke. kan? 

4. Bertengkar
memang adat lah. even orang yang dah kahwin pun, nampak kat luar bukan main mesra, bertepuk tampar sana sini, kat rumah, segala pinggan mangkuk periuk dibaling kalau bertengkar. kalah game world of wars yang adik aku selalu main tu. bukan sebab apa pun, benda paling remeh pun boleh bergaduh. lupa birthday, gaduhh. lupa anniversary, perangg. lupa balas mesej, wrestlingg. ohh. aku tak bersedia lagi. sebaik pinggan mangkuk kat rumah aku semua dari plastik plastik belaka. *tipu

konklusinya, terpulanglah kat kau orang nak couple ke tak. tapi bagi aku, semua ni tak penting lagi. tunggu lah kewangan dah stabil semua, lepas tu nak couple sampai kahwin pun bolehh. 

Hidup ini bukan untuk disakiti, tapi untuk dinikmati. PEACE. 


Yang Penting Rupa

*Kembali menulis entry selepas di paksa, di ugut, di dabdidum oleh Skinny B.

Okayy. Setelah menghilang beberapa hari, ak kembali membina mood untuk berceloteh. Bukan apa, ak bersama ayah tercinta mengekskort mama naik kuantan by car. Yes. Ak s.eorang SAHAJA. Adik ak tak ikut sebab ada camping for gayians kat sekolah beliau. okay itu tipu. =..=

2 days, 3 countries


8 Apr 2011 - Bukan nak berlagak, walhal bukan ak yang drive kereta. I just sit back and enjoy the trip. Tak tipu. Ak siap letak kaki kat tempat letak tangan tu. Apa nama tah. Tak percaya?

Tak percaya lagi? GTH. 

Sampai di M.S Gardens Hotel Kuantan jam 0400. Terus berdengkur. Esok nya jam 1200, bertolak ke Dungun, Ganu. Bak kata seseorang, ingin bersua dengan si janda. Jumpa dengan kakak 2nd ak op, selesai bertepuk tampar op, jam 1800 bertolak ke Machang, Klate op. Drive sambil kunyah makanan travelling, COMBY a.k.a Kuaci putih. Tujuan ke Mache sebenarnya nak jumpa kakak tua ak. My eldest sis. Tanggal 10 Apr, hari jadi beliau ke 21. SELAMAT ULANG TAHUN KE 21 MOK! hee. Maka beradulah kami bertiga di hotel berbintang-bintang *homestay. dupdupdap. Jam 1900 bertolak balik Shah Alam. Journey along the titiwangsa range was the best. Bak kata mama; panaromic view. Malang oh malang, kamera kehausan bateri. Hati kecilku mencarut lembut. Jam 0100, tiba di S.Alam. Cit. 


Sepenuh Masa


Setelah ak menjadi penganggur berjaya sepenuh masa ni, banyak undangan berclubbing ak dapat. Perkara ini menyebabkan ak mengalami kekangan masa untuk mengarang dalam blog super comel ni. Jadi ak mengambil masa yang agak lama untuk kembali menulis, eh, menaip. Ak dah lama tak menulis, agak agak catik lagi tak tulisan ak? hmm. NVM. NEXT.

Blogging

oh tidakk. bukan ak ber-blogging. ak follow up blog orang lain. contoh nya blog ijai -> http://ijaicool.blogspot.com/ . haa. siapakah ijai ni? beliau adalah makhluk Allah yang boleh tahan followers nya. Budak faizal ni, bahasa memang macam anak ayam, tapi isi memang padat sendat. Ak kalau dah mula usha satu entry dia, and berjaya buat ak pecah perut, keluar usus, memang ak terus baca sampai habis lahh. Dia ni pulak macam tau semua benda kat dunia ni. pasal brand ke, iklan ke, gossip terbaru ke, serba tau lah. Tapi kena deal lah dengan ayat dia dengan kerenah dia en. okay. ada lagi blog blog lain yang ak selalu usha. memandangkan hari dah gelap, ak pun tak sidai baju lagi, ehem ehem.

Beranak


eh? apa kena mengena dengan ak? ak kahwin pun tak lagii. apatah lagi uhhh. ak masih dara kay. eh, cerita ak masih dara. TETTT! *thumbs down


Setakat tu je dari makcik hawt ni. sekian. :DD

Teehee!

Fast track ?

Assalamuaikum. Morning! *yawns 


okay. 
2 post lepas ak ada cakap pasal uhh. okayy. yang penting ak ada p/s kat bawah sekali yang berbunyi ak akan berleter pasal fast track yang semua spm leavers dok idam idam kan. tak termasuk ak. okay tuh sangat menipu. *cries*


first of all ak nak ucapkan tahniah to kawan kawan yang dah pun start belajar (fast track) sedangkan ak duduk kat rumah, main game dan membulatkan perut. <-- tolong jangan percaya. Syahirah masih slim slender. teehee! anyway, congrates to siti nadjiha, noor khairundiyanah, ummu athirah, uhh, dll. ak tak tau siapa tah lagi. sorry derr. 


secondly, ak pun nak ucap tahniah to most of my friends yang tengah further studies dalam fast track ke alam barzakh a.k.a ROKOK. dalam mat salleh nya, cigarette. ak berbangga lah dengan depa ni. jom kita tengok initipati si pembakar jantung ni;


Acetone            Cyanide 
Aluminum            DDT/Dieldrin 
Ammonia            Ethenol 
Arsenic              Formaldehyde 
Benzene           Hydrogen cyanide 
Butane                     Lead 
Cadmium                Methanol 
Carbon monoxide        Nicotine 
Carbon dioxide             Tar 
Chloroform              Vinyl Chloride 

  wahh. sungguh menggiurkan. patut lahh ramai yang berebut rebut nak fast track ni. owh, tak lupa jugak kenangan manis ak dengan * let just call this thing mr. c mr.c di 7eleven. tiap tiap pagi ak kena salin jumlah mr.c dalam satu kertas, tag harga atas satu satu mr.c, bayangkan lah kalau ad 80 kotak mr.c bernama dunhill dan ak kena tag satu per satu, tak kira yang lain lain lagi. takpe. ak boleh bersabar lagi. lepas tuh, ak kena masuk kan satu demi satu mr.c dalam rak belakang kaunter then lepas 8 jam, ak kena kira balik jumlah mr.c yang tinggal. semua kerja tu dah makan masa ak selama 1 jam atau lebih. dan ya,ak buat kerja ni tiap tiap kali shift pagi. sangat menyusahkan hidup. tutt.


   maka berbanggalah semua perokok kerana dapat memendekkan jangka hayat masing masing. kerana 1 batang rokok boleh memendekkan hayat si perokok selama 11 minit. tu baru 1 batang. 1 kotak ada 20 batang. kalau tiap tiap hari hisap 1 kotak, haa, darab lah sendiri. 20x11=220 minit=3 jam 40 minit. yes. 1 hari tolak 3 jam 40 minit, si perokok dapat hidup kira kira 20 jam je sehari. kalau nak bunuh diri perlahan-lahan, di syorkan lah hisap mr.c banyak banyak. silakan silakan. tak perlu isi borang. alam barzakh sedia menanti anda. tak lama da tuhh. 


now, let the pics do the talking ;




cepat cari penyakit ap yang korang nak.
macam macam ada..

Hav-a-tampa = Have a tampar ? LOL.         




dan lagi, gambar kat atas ni, ya ya, yang slim filters ni. persoalan ak; perlu ke filters? kalau nak hisap, hisap lah mentah mentah. lagi masyuk kan?  

p/s ; mana mana yang membaca entry ni dan merupakan salah satu hard fan mr.c, banyak banyak kan lah amal jariah eh. tak lamaa dah tuh. teehee! 

Assalamualaikum.