#2 Dear diary ~ Hadiah hari guru

Assalamualaikum.

16 mei 2003(?) - macam tak logik kan aku mula tulis diari seawal umur 10 tahun? lagi lagi aku ni seorang penyokong kuat anti-menulis sampai boleh meraih gelaran 'tulisan terhodoh mengalahkan muka kera dapat bunga' selama 5 tahun berturut turut. 

okay okay. aku mula melalut lagi.
i'm sorry! *tiru gaya amir raja lawak
. . . FAILED!

walaupun hari guru dah lama lepas.. ada aku kisah? aku nak post gak!

aku masih ingat lagi kenangan hari guru kat sekolah kebangsaan bandar anggerik masa aku darjah 3 dulu. kalau masa kecik dulu, aku punya suka beli hadiah banyak banyak untuk cikgu sekolah tu. kalau boleh, nak kasi hadiah kat semua cikgu. bawak terus satu lori hadiah. *bapak pulun

menjelma hari guru, aku la yang paling resah. lagi resah dari orang tikam nombor kt toto, tunggu nombor tikam tak keluar keluar. 3 hari sebelum, aku pecah kepala fikir, cikgu ni suka apa? apa aku patut bagi eh? mini cooper ke mercedes? kad biru ke merah? ceh, mana aku reti buat kad kad ni. aku memang kureng daya kretiviti dari dulu lagi. hey, at least aku mengaku.

last last aku akan bagi hadiah favourite aku, ya, wajib bagi tiap tiap tahun ; sekotak pen merah. loser habis kan? yang tak tahan tu, aku balut satu satu pen. lepas tu tulis nama cikgu atas hadiah aku. konon nak tanda, pen merah ni siapa punya. tak nak tertukar. kononnya lahh.

kalau aku tau la yang cikgu tanda kertas guna pen merah dulu, dah lama aku hadiah kan pen biru ke, hijau ke. sebab pen merah tu lah, banyak pangkah kat soalan sains aku. haihh. dah terjatuh baru terngadah? *drama queen

ada juga budak bagi baju bayi kat cikgu yang nak kahwin. walhal tak tahu lagi cikgu tu dapat anak lelaki ke perempuan nanti. buat anak pun belum lagi. haha. ada juga yang lagi tak guna dari aku, datang sekola tangan kosong. lepas tu singgah gerai jual bunga ros busuk RM1.00, beli satu, bagi kat guru besar. konon wakil untuk semua guru. mesej budak ni ' spread the love! ' agaknya. 


sesungguhnya hadiah yang paling baik ialah dengan mendoakan kesejahteraan untuk cikgu cikgu kita. tanpa mereka, siapalah kita hari ini. 

Peace cikgu!


KMS :)

Assalamualaikum.

entri ini sangat pendek. just letting you know. :)

aku cuma nak panjatkan kesyukuran tak terhingga kerana akhirnya, hasil usaha ayah aku dengan aku membuahkan hasil yang kami sendiri tak sangka. *thanks ayah !

i will be transferring to KMS
Kolej Matrikulasi Selangor

sangat dan teramat teruja dengan berita yang aku terima petang tadi. jadi, aku nak kongsikan kegembiraan aku kat kau orang semua. oh ya, sebelum ni aku ditawarkan KMK, Kolej Matrikulasi Kedah Changlun. Sangat jauh okay. bukan nak kata aku tak bersyukur, cuma hati agak keberatan tambah dengan berat badan lagi kan. tak tertampung dek body. 

okay. takat tu sahaja. *kan aku dah cakap, entri sangat pendek 

Peace uols ~ :))

Kisah gadis noob masuk bank.

Assalamualaikum.

Dengan bangga serta takbur dan ujub nya, saya mengumumkan, gadis noob tersebut tak lain dan tak bukan, watak utama dalam blog SyiROWHAT? iaitu;
 Nur Syahirah Zainuddin! 
*bunga api puhleasee
aku tahu, kau orang semua mesti tangah bersorak sakan melompat lompat sambil masing masing berlumba nak tekan butang merah X kat hujung kanan skrin ni. yeah yeah!! teruskan perjuangan anda sampai ke titik air hidung yang terakhir! 

okay. stop merepek. back to topic.

aku pernah post awal tahun ni berkenaan kebencian terhadap bank, dan ya, aku terpaksa melalui saat getir tu sekali lagi semalam. tetapi kali ni lebih menjengkelkan - buat akaun bank rakyat sendiri. *matriks punya pasal. terus terang, ni first time aku buat akaun sendiri. sebelum ni makbapak aku dok buat kan while aku duduk kat kerusi makan kuaci. mithali kan? well, tu tika zaman jahiliah aku. sekarang dah masuk zaman kegemilangan *bagi budak lepasan SPM mak aku paksa jugak aku buat akaun bank rakyat semalam. reminder ; PAKSA.





soooo, lepas isi segala borang, *ceh, cakap macam banyak. padahal satu je. aku pun ambil nombor kat penunggu mesin tett tett tu. aku tengok nombor aku, 3020. nombor sekarang, 3017. alhamdulillah, tak jauh dah ni. aku pun duduk la sebelah kakak aku. *dipaksa teman tunggu punya lah sekejap sampai 2 jam. mahu tak gila aku. aku sampai kat bank pukul 2.30, nombor aku kena panggil pukul 4.30. hebadd kan? lepas habis segala sesi soal jawab, pegawai bank suruh aku duduk. tunggu nama kena panggil.

10 minit lepas tu, aku dengar kakak pegawai tu panggil nama aku dengan suara merdunya. aku dengan confident nya, bangun dan melangkah ke kaunter. tiba tiba kakak tu repeat ; Syamirullah! mahu tak malu aku. dengan muka mintak penampar, aku pun patah balik dan duduk sebelah kakak aku balik. well, tak boleh nak gelakkan aku jugak, aku noob. kan? kan? tak guna haters a.k.a orang yang gelakkan aku kat bank tadi. ciss! by the way, Syamirullah = Syahirah ? boleh lahh. :))

lol. jual herba dalam bank? 

menu mama papa grills pun bolehh. 
hei kau orang! sebelum masuk bank, bawak segala komik atau psp atau apa apa barang yang boleh menghiburkan hati yang menderita tunggu nombor nak naik. okay? peace. ;))



TAKE THAT ! Tarian Bohria !

Assalamualaikum.

Bohria okayy, bukan Bohsia. Aku tak typo pun di situ.
 Waktu aku umur macam diorang ni dulu, aku tahu menari chicken dance je. Tu habis rancak lah bagi aku. Tapi tengok lah budak dalam video ni menari! kalah shuffler shuffler terulung kat maktab aku dulu. *bukan maktab perguruan okayy. 


Amacam? Boleh beat tak? eh kagum lahh. Jangan buat muka stone je. Penat aku copy paste dari youtube ni. Thumbs up plus salute ah cara depa menari. By the way, yang ni bukan bohria. Aku je yang anggap bohria sebab dia orang menari ramai ramai. teehee!

Peace <3 :D


#1 Dear diary ~ Seluar ku terlondeh

Assalamualaikum.

Memandangkan semua orang pun buat macam macam segmen kat blog bagi tujuan mempromote blog masing masing seterusnya merebut gelaran Most Viewed Blog of The Year / Most Blog Followers / etc. Dan dan aku pun tiba tiba terfikir nak buat segmen Dear Diary dimana aku akan revealkan kisah zaman kanak kanak aku yang penuh warna warni. *ayat cliche
aku bukan nak cari publisiti murahan ya 
So, aku namakan segmen aku ni Dear Diary ~

#1 Dear diary ~ Seluar ku terlondeh
*i will reveal the characters at the end of this story.
21 Jan 2007 - Aku dengan Aqilah tengah main badminton kat luar rumah. Naimah, seorang yang tak reti nak break basikal, tengah pusing pusing dengan basikal keliling kita orang. Keadaan sangat harmoni ketika dan saat itu. Aqilah tak perasan yang Naimah tengah bawa basikal kat belakang dia. Suddenly!! Lembaga yang tak dapat nak break basikal atau at least elak mangsa di hadapannya itu menerpa Aqilah dengan rakusnya. Tayar basikal tu apa lagi, 'tarik' seluar Aqilah, lalu seluarnya jatuh menyembah bumi. ARGGHH!! Terserlah underwear warna pink dia. *Kanak kanak lagi, spender warna warni. Macam kau orang tak ada je dolu dolu. 

Aku yang kat depan dia ni dah tak boleh nak cover gelak lahh. Bayang kan seluar dia boleh terlondeh kat public, dan time tu Arief pun ada dekat tepi kita orang gak. Semua orang gelak tak ingat dunia, akhirat ye lah kot. Lepas tu terus Aqilah tarik seluar dia cepat cepat. Tak kan nak marah kat kita orang yang tengah gelak ni kan. Pop quiz ; Kalau orang gelak kat kita, apa kita harus buat? 
Answer ; Gelaklah sekali! Hahahaha! Bagi cover sampai habis!
Memang lepas tu merah padam lah muka walaupun hakikinya Aqilah ni seputih bontot kuali. 

Watak dan Perwatakan *macam komsas tak ? 
Aqilah, Kakak aku
Aku, ye aku lahh. 
Naimah, Jiran depan rumah
Arief, Jiran sebelah 

Pecah perut kan bila buka diari lama balik. Jadi, ce cite zaman jahiliah kau orang dulu macam mana? Mana tahu aku boleh buat filem ke besar nanti. 
With <3 
Peace! :D

Save Our Planet ; Plastic Bag

Assalamualaikum.

First of all, i summon all of you earthlings to save our beloved planet - earth. It is destined to be our duty to decrease the pain that the earth suffer from time to time. Not to mention the pain that we as human beings suffer from our own doings. The climate drastic change due to deforestation, release of chlorofluorocarbon or CFC for short and such parallel causes the ice in north/south pole to melt and thus increases the sea level. Heck not only that, easy put - the earth is dying from H10N10. *i just made it up.

Please don't take things for granted

We can save the future for our children or even grandchildren by just making some changes in our life. First step, reduce the usage of plastic bag. Simple, if you only buy a bottle of mineral water for example, it would be no harm if you had to carry the bottle while finishing it in like what, 5 to 10 minutes? Then, you throw it away like it cost you nil of cash. It is not that hard, the bottle is not THAT heavy. If you feel uneasy to carry the bottle here and there, then bring along a bag with you. Sling bag, back pack, hand bag, any bag other than plastic bag of course.


Seriously, can you imagine this conversation happening in the next 10 or 15 years if presently we just sit back, eating popsicles while watching the world dying from day to day?

*Year: Somewhere in 2025 
Me : I wish i could go to the zoo and watch those lions, rhinos like the old times. Shall we go to the National Zoo, Lisa?
Lisa : Mommy, what are talking about? Lions already extinct 9 years back. I even haven't born during that time.
Me : Really? I just noticed that like 3 seconds ago.


Lisa : Mommy, where is Antarctica? All I can see in the google earth is only sea. Nothing more than that.
Mommy : It used to be a land where the polar bears and penguins lived on. Most of the land was made up of ice. Unfortunately, the ice melts over time due to climate changes and now as you can see, only sea left. The end~
Lisa : Wait mommy, what is penguin anyway? 
Mommy : Google it.

Look at those plastic bags !




 

Creative aye? 
Thanks for reading.
Till next time.
Turn off ! :D

p/s : My english is a disaster. There are mistakes here and there but hey, this is my blog. deal with it. Peace! :))

Royal Wedding

Assalamualaikum.


Satu hari nanti aku akan kahwin dengan Anak Raja !
Angan - angan sahaja okay :D

Secara jujur, aku tak tengok pun Royal Wedding secara live. Ye lah, memandangkan aku pun tak ada Astro. Tup tup, esok nya aku baca suratkhabar The Star, Berita Hairan, eh Harian ada liputan pasal depa dua ni. Oh, sempena Royal Wedding ni juga, rakyat sambut Duke and Dutchess of Cambridge ni dengan macam macam ragam. Cekidaut !

1) Keldai
Keldai pun bolehh.
2. Cupcakes
3. Pizza
Looks yummeh~
4. Cake !
5. Mug
6. Mug 2
7. Mangkok ?


Ohh. Kalau macam ni lah gaya nya, aku pun nak kahwin dengan anak raja. HAHA. JK JK. Chio! Peace <3





with love