Chemistry dengan bola .

Assalamualaikum.


Dah puas tengok gambar yang terpampang di atas ni? i give you another 2 seconds. no pressure. 

time's up! okay hari ni aku bukan nak membebel sambil kunyah asam celah gigi pasal kekalahan skuad harimau malaya terhadap singapura. Tahniah kepada mereka juga kerana dapat menjaringkan satu gol. Sekurang-kurang nya kalah bermaruah bak kata orang sukan macam aku. ecehh. terpromote diri pula.

Aku juga tak menafikan kehebatan players singapura kerana dapat menonjolkan bakat lakonan yang first kelas di atas padang bola bukit jalil semalam. click here. aku sokong 100% hujah beliau dan aku yakin kalian juga akan memberi thumbs up menggunakan ibu jari kaki lepas baca entry beliau sepertimana yang aku lakukan 5 minit yang lalu. 

main story ; terus terang, aku tak pernah lagi tengok bola dengan kawan perempuan. Sebelum ni, aku akan kautim dengan adik lelaki aku plus ayah aku, kita orang akan port kat restoran mamak terdekat. tak payah cakap lahh kan. tengok bola kat mamak memang the best. bukan nak kata aku suka dikelilingi lelaki *sebab memang 95% dari penyokong bola kat sana lelaki tapi suasana tengok bola kat mamak memang tak boleh nak sangkal. gemuruh jiwa semangat membara tak hengat dunia, memang terbaikk. tetapi sejak aku masuk kolej, ni lah kali pertama aku tengok bola dengan perempuan perempuan yang fanatik bola. i really mean it. penuh satu bilik TV. =..= okay aku tahu kau orang semua dah melompat mengilai tak keruan tunggu aku buka layar. aku nak ce cite lah ni..

1. Sebelum mula game ; kalau dah kata perempuan kan, tangan memang tak pernah lekang dengan novel cinta mahupun buku ilmiah seperti lawak kampus. hati kecil aku akan berbisik, " alah, nak jadi cukup syarat je tu. " sebab kalau dah tengok game, memang buku melayang tang mana pun siapa pun tak kisah. lepas habis game, terkial kial cari buku yang memang bersih tak bersentuh selama 2 jam game. tak apalah, dapat lah dia angin kan buku tuh. tak adalah berkepuk bawah tilam kan kan?

2. Baru mula game ; bila nak mula game, senarai nama pemain akan keluar kan kan. semua orang pun kan, buat muka ketat kan, berusaha baca tulisan font -10 kat skrin plasma 32 inci tu kan. *terjun bangunan masing masing akan hafal nama ibarat menghafal formula kimia untuk quiz esok. bila keluar soalan ; state 1 bohr's postulate. answer ; safee sali as captain. memang lecturer ultraman kertas kau orang stright foward. FAILED!

3. Masa game; Jerit nama players disambung dengan jeritan " pakwe aku! pakwe aku! ". hey, Apek dah ada girlfriend okayy. and that lucky girl is me! wahaha. nak ambik safee sali, dah berbini, tak pasal bermadu lebah lah aku. Kembar pn dah kahwin. haihh mereka ni, nak jadi player jangan lahh kahwin dulu! melepas lahh kami. hehe.

4. Jerit sampai nak terkeluar halkum walhal bola jauh lagi dari tiang gol. yang aku tak tahan, masing masing pun rajagobal wannabe. " hah pass bola kat orang depan tu! orang sana kosong lah! hah naik naik! " aku tak tahu pula rajagobal banyak imposters. rasa bole buat cosplay rajagobal tak lepas ni?

5. Sorak macam ada audition cheerleaders peringkat kebangsaan. ada yang dah melompat atas kerusi. *kesian kat kerusi pfft. mengilai memang dah confirm lahh kan. siap tepuk tangan sebab apa? jangan tanya. aku tak ingat pula ada konsert amal tengah padang tu yang membuatkan orang terharu sampai tepuk tangan.

6. Nervous tahap maksima. aku rasa yang menonton ni lagi penat dari players atas padang. aku tak tipu, aku terdengar ada lahh dua tiga orang siap berdoa bagai. rasa macam nak sambut baby lahir je. aku rasa kalau exam pun tak adalah nervous macam ni kan? 

7. Tak cukup lagi, ada lahh manusia yang siap minta tolong time game. " tolong lahh pass. tolong lahh gol. tolong lahh masak. eh? ". kau orang ingat ni talian nur apa nak minta tolong? 

8. hah yang ni paling best. perempuan kalau mulut tak laser memang bukan perempuan lahh kan. panass je lah bilik tv semalam. " HEY KAU INGAT KAU MAT SALLEH KAU HOT LAH?! ELEHH MANJA! BALIK BAWAH KETIAK MAK LAHH! EH EHH. DA LAH TAK HENSEM. ADA HATI NAK MINTA BOLA?! " aku tak tahu menahu pula kalau nak minta bola kena hensem. kira nya sebelum dia orang turun padang, kena pakai segala foundation campur dengan bedak 4 kilo, baru orang boleh pass bola lah? cit. don't judge book by it's cover lahh! 

tapi, aku rasa kegembiraan yang maksima di sebabkan oleh kemeriahan yang melampau dan berjaya menggegarkan blok vega semalam. serious tak tipu, telinga aku pekak 10 saat lepas gol pertama. okay, banyak nya aku membebel hari ni. penat. time to pen off. preeeeeet!



peace for HM (:

Berdiri sama rendah, Duduk sama tinggi

Assalamualaikum.

Okay aku tahu. Pepatah kat atas bunyi agak pelik dari pepatah sebenar and guess what? tu pepatah baru aku yang aku baru je reka dalam 5 saat yang lalu. ceh, bajet taip kat keyboard laju je kan. 5 words per second. Bukan nak takabur, tapi memang dah fakta. Almaklumlahh, jari orang potong bawang ~ uhuh uhuh.

Lagi sekali, aku ingin membuat pengakuan berani mati ;

Ya kawan kawan. Tinggi aku mencecah 152 cm iaitu 5 kaki 2 inci. Kepada kawan, rakan, sahabat di luar sana yang lebih tinggi melampai menggapai awan, tolong lah bengkok kan lutut atau at least duduk kalau nak bercakap dengan aku. Sakit kepala tahu pandang atas semata mata nak tengok muka non-hotsetaff kau orang ni?


aku sedar, pendek tak tinggi telah meletakkan aku dalam satu batasan ketinggian untuk aku melalui rona kehidupan yang penuh pancaroba ini. *sumpah tak tipu. ni bukan ayat novel! kalau nak listkan, berjela lahh. sebagai contoh, dekat library; nak ambil buku dekat rak tinggi je, hahh mula lah terkinja kinja, jengketkan kaki, buat aksi lompat tinggi, kuak lentang, walau hakiki nya memang tak kan dapat buku tu sampai library tutup pun. last last dapat apa? yes. penat. lagi? kalau dalam sukan, in present aku main basketball. lagilahh perlukan ketinggian, kalau tak, memang sedap lah kena lanyak pijak sebelah kaki tutup sebelah hidung dengan pihak lawan. akan tetapi ya penonton, heh, macam oprah show lah. pombolehh. *back to the topic. ya! akan tetapi, aku tak pernah rasa menyesal atau marah kepada Allah akan ketinggian aku ni. sebab aku tahu, ada lagi manusia yang lagi pendek dan ketot dari aku! WAHAHA. okay kejam. 

sebenarnya niat suci aku bukan nak mengejek mahupun memperkecilkan kaum aku yang memang dah sedia ada kecil molek ni. aku nak cerita, pasal ketinggian yang lain. hak yang ni, ketinggian nala punya. okay aku berjaya rosakkan bahasa utara. tolong jangan pukul aku. =..=

Harapan IbuBapa

ya. harapan ibubapa sangat tinggi melangit sampai langit ketujuh untuk melihat anak anak yang telah ditatang bagai minyak yang penuh, kalau tertumpah, sanggup lap perah balik masuk dulang, berjaya di peringkat tertinggi seterusnya membalas jasa mereka yang tak berbelah bagi. haaa~ semput~

aku akui, aku banyak sangat salah dan silap terhadap ibubapa aku, aku banyak menyusahkan mereka,  banyak habiskan duit mereka dengan aktiviti tak berfaedah, sebab tu aku rasa menipu sangat kalau nak cakap orang macam aku ni benci kat ibubapa aku kan? memang aku tak pernah sekali pun lahirkan walau secebis rasa benci terhadap mereka walaupun kadang kadang aku kena lahh smack down sampai patah 8 tulang telinga aku, tetapi bila aku fikir balik, semua yang mereka buat adalah demi kebaikan aku sendiri. aku memang nakal sangat dulu. lagi nakal dari upin ipin. *betulbetulbetul bayangkan kalau dulu mereka tak smack down aku ala ray mysterio, aku dah tak jadi orang sekarang. maka aku sangat bersyukur dengan Allah kerana mengurniakan aku ibubapa yang boleh aku sayangi dan disayangi. sebagai timbal balik, kita mesti, harus, wajib tunaikan hasrat mereka kan? insya-Allah mama, ayah, syira bakal realisasikan impian, hasrat dan harapan mama plus ayah. (:


" if you believe, you will achieve "

peace (:


#3 Dear Diary ~ Beli Nugget Batang Pakai Credit Card?

Assalamualaikum.

Puteh Nur Sofea bt Mohamed, nama yang memang tak boleh aku lupa lahh sampai bila bila. mana tak nya, banyak sangat kenangan kami masa sekolah rendah dulu kan kan? sekolah rendah dulu kan kami sama baik, sama jahat, sama ketinggian *percayalah. lagi? dah macam sesi temubual artis pula. ohoho~ okay, kami suka satu lagu ni. glenn- januari  walau nyanyi pakai langgar je lirik, pitching memang dah confirm lari, pendek kata - ibarat kau pergi audition akedemi planta-sia, baru jejak kaki kanan, dah kena tendang dengan kaki kiri - kami tetap gagah nyanyi tanpa hiraukan hati dan perasaan orang lain. tak kira lagi nanah keluar dari telinga dia orang.

okay. tak nak buang masa. =..=

CREDIT CARD
masa kita orang darjah 5 - Baiduri. masih INNOCENT a.k.a hingusan meleleh leleh. haha. kami suka main swipe kad kat celah celah meja. alahh, dulu kan meja sambung sambung, antara dua meja tu kan ada ruang kecik, eh kau orang ni. macam tak pernah sekolah rendah pula. haiyaa. konon nak tiru gaya mak kami beli barang pakai credit card lah kan. *KONONN sampai satu tahap, kami apply credit card kami dengan lebih meluas. habis celah punggung atau ayat kasaq nya; buntut budak 5 Baiduri kami kerjakan.punya lah syok, tak ingat pulak celah punggung tu bahagian sensitif. *banyak touch receptor. segala kesucian celahan dah kami godam. kalau lah kami buat perangai credit card tu sekarang as in masa zaman kegemilangan ni, confirm dah masuk mahkhamah kan? siap jadi page depan dada akhbar. publisiti murahan.. siapa tak nak kan? ahaks!


NUGGET BATANG
tahun yang sama juga, 2004. kononn nak abadikan kenangan terindah kat SKBA, macam darjah 6 tak boleh jumpa lagi je kan? ceh. kami beli lah nugget yang sebatang 50 sen tu. kami makan on the spot kat kaunter tu, lepas tu, hormon gila aku tiba tiba datang, aku pergi tinggalkan batang nugget tu kat kaunter tadi. apa lagi, puteh pun dengan spontan ikut jejak langkah murni aku ni. dah buat jahat, tak kan nak tunggu kan? terus lahh lari langkah seribu. nasib badan, ada lah pulak seekor monyet berjawatan pengawas nampak tingkah laku tercontoh kami tadi. terus dia pun apa lagi, angkat kain, kejar kami macam mak limah kerja husin! dia jerit suruh kami berhenti. YES. nasib dia tak bawa pen durjana tu. soo, kami dikira tak bersalah lahh. kami pun melompat lah macam kera dapat bunga. lagi buruk kot dari kera. entah. tak ingat. haha.

sebenarnya banyak lagi kenangan kami di SKBA dulu. oh, SKBA stands for Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik. saja nak promote sekolah kat sini, mana tahu dapat jadi duta sekolah ke satu hari nanti. lolz.




S.K Bandar Anggerik,
Megah dan ternama~
Okay peace for today. ;)