Gabai Dot Com

Assalamualaikum,


SELAMAT DATANG KE SUNGAI GABAI! 
WOOOOOOOOOOOO ~
Sorry entry sangat tahi selepas lama menyepi. 
Salah kan idea, tak reti reti nak singgah kat kepala ni haa. :D

Ekspidisi ke sungai gabai ni ya tuan puan, telah kami rancang selama sebulan lamanya. Setelah melalui segala onak duri ranjau hutan belantara, alhamdulillah, segala nya telah selamat direaliseksikan pada tanggal 12.02.12. Setinggi-tinggi penghargaan pihak kami ucapkan kepada pihak penganjur, pihak sungai, pihak kereta dan segala moyang pihak yang terlibat. Maka, berilah tepukan segumuruh jiwa semangat membara kepada krew ekspidisi ;


Baik baik. Sila bawa bertendang ya. Saya tahu semua pun teruja terkinja kinja nak kenal para krew kami. Baiklah tuan puan, sila alihkan pandangan ke kiri, nama beliau adelah Datin Umi. Tugas beliau adelah sulit. Maaf atas kesulitan itu. Seterusnya dikanannya adelah Yang Tak Bahagia (Y.T.B) Puan Kelat Jipah. Beliau memegang jawatan sebagai pamandu sokongan limousin kami. Seterusnya ialah Dato' Serat Ijan. Beliau bertanggungjawab sebagai ketua pemandu. Tanpa beliau, tak sampai lah kami ke Gabai Dot Com. Thanks Ijan. Senyum. Seterusnya adelah tetamu undangan minggu ini, beliau adelah top model dari korea, cik Syiro Kerispatah. Tugas beliau adelah sebagai co-driver dan jasanya sangat disanjungi sehingga tak berbelah bagilah. Jutaan terima kasih ya cik Syiro. Yang terakhir dan paling tak dinantikan adelah Datin Puan Maziah. Beliau merupakan GPS bergerak kami ya. Alhamdulillah tak sesat. 

Baiklah, tanpa membuang masa, saya mempersembahkan beberapa sedutan menarik dari ekspidisi gabai ini. Silakan; 








Terima kasih pihak media atas sedutan di atas. Dengan tamatnya ekspidisi ini, maka dengan itu mulalah zaman penjajahan buku matrikulasi kembali. Doakan kami mengharungi zaman matrikulasi ini dengan flying colours ya. Sekian sahaja rancangan Kembara PerotDua pada kali ini. Sehingga bertemu kembali.

Assalamualaikum.

p/s : lawa tak limousin kuning tu? ;D