Ya ALLAH, tabahkan lah hati kami.

Assalamualaikum,

Ini adalah kisah benar. Harap kawan kawan boleh ambik iktibar dari kisah ini rakan kita ni..Bismilah sebagai pembuka cerita,

A ( bukan nama sebenar ) hanyalah seorang hamba Allah, sama seperti hamba-Nya yang lain, yang tak boleh lari dari hukum alam di uji oleh Penciptanya. Berbagai ujian menimpa A, A hadapi semuanya dengan tabah. Bagi A, segala ujian ini adalah satu proses mematangkan diri untuk menghadapi masa hadapan yang mungkin lagi hebat uijan-Nya. Setiap kali ditimpa ujian, tanpa sedar tercalit sedikit luka di hati A. Walaupun seribu kali senyuman terukir di bibir A, tetapi sejuta luka di hati hanya Allah yang tahu.

B : kenapa kita ni makin lama makin banyak problem eh? tak pernah pernah nak selesai pulak tu.
A : bukan problem lah, ujian Allah.

Sekali lagi A mengukirkan senyuman dan sekali itu juga lah luka A bertambah parah. A selalu memujuk hatinya, kerana bagi A, tiada siapa yang mampu pujuk hati kita kecuali diri kita sendiri. Orang selalu kata A nampak kental dan problem-free akan tetapi semua nya itu luaran semata. Bukan topeng, tapi memang A bukan lah seorang yang gemar menzahirkan kelemahannya. Senyuman dan gelak tawa itu semua sumber kekuatan A untuk menghadapi segala ujian-Nya.

Maka pada suatu hari, Allah telah menurunkan ujian yang lebih besar. Ditakdirkan ibu A ditimpa cervical cancer. Saat itu, luka yang hanya secebis di hati terus terkoyak dan berdarah. A hilang sumber kekuatan. Masih mampu tersenyum, tetapi senyuman A semakin hambar, senyuman yang diseleputi ketakutan dan kesedihan.

A takut sangat, takut hilang ketabahannya dalam mengharungi ujian ini. A takut ibu A, ayah A, adik beradik A, keluarga besar A, hilang kekuatan mereka. Ibu A selalu berpesan ; You must be strong! We Muslims are strong  people! Strong in our mind and soul. Ibu A sangat kuat orang nya. A sentiasa menjadi kan ibunya sebagai role model. Tetapi kenapa kali ini sangat sukar bagi A untuk menerima takdir Allah? A buntu akal. A hanya mampu mengadu kepada seorang rakan nya, C dan juga Allah SWT. C juga tak putus memberikan kata semangat yang A sendiri pun asal nya kabur akan setiap katanya itu. Setiap malam A menangis ketakutan. Takut akan apa? A masih buntu. Maka tak pernah lelah A berdoa dalam solatnya, tidurnya, setiap nafasnya,
'YA ALLAH, TABAHKAN LAH HATI KAMI, 
BERIKAN LAH KAMI KEKUATAN JIWA'


Selepas pembedahan mengeluarkan tumor cancer dari tubuh ibunya, ibu A hanya mampu terlantar lemah di katil. A tahu A tak sekuat ibunya. A lemah. Sebab itu A sentiasa memerlukan Allah untuk memberikan nya kekuatan untuk menghadapi segala ujian Nya. Suatu malam, A terfikir ; 

untuk apa aku bersedih? ibu ku juga masih mampu tersenyum selepas sedar, kenapa aku dengan kejam menambahkan kesukaran kami mengharungi ujian ini bersama? 


Setiap yang berlaku ada hikmah nya. Mungkin A sudah nampak hikmah disebalik kerumitan ini. maka A membuang segala kesedihan itu, campak kan segala nya ke lautan yang dalam. Sedikit demi sedikit A keluar dari belenggu kesedihan. Saat ini, A berazam untuk menjadi orang yang memimpin ibunya mengharungi segala nya. A baru tersedar, A masih mempunyai keluarga, rakan-rakan yang lain untuk membantunya bangun sekiranya dia terjatuh.

A berikrar, mulai saat ini, A akan sentiasa mengukirkan senyuman di bibir ibunya, hanya satu senyuman sudah lebih dari cukup untuk A mendapatkan kembali segala kekuatanya nya. Buang segala kerisauan ibu A. Walaupun masih terdapat secebis ketakutan jauh di sudut hati A, A berjanji tak akan menzahirkan nya di mata sesiapa lagi terutama sekali kepada dirinya sendiri.

Semua nya demi ibu A. A mesti tabah dan redha.

Kawan kawan, saya harap semua kisah A ini boleh dijadikan renungan bersama. Ibu A akan menjalani chemotherapy dalam jangka masa terdekat ini. Ya Allah, dengan berkat bulan yang penuh mulia ini, kau berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarga ini mengharungi segala ujian Mu. Semoga dipermudahkan segalanya, Amin.

Terima Kasih


Selalu yang terjadi, saat kita gembira, kita gelak tawa bersama, saat kita berduka, kita ditinggalkan bersendirian di satu sudut kegelapan.

Bukan mudah untuk kita jumpa seseorang yang boleh dipercayai. 
Yang memahami dan menerima kita seadanya, 
Yang mampu menarik kita keluar dari kegelapan,
Yang mampu memberikan kita kekuatan saat kita dalam ketakutan,


Terima kasih (: 

Childhood's Dream

Assalamualaikum,

Ingat tak waktu kita kecik kecik doluu, mesti ada borang kaji selidik diri kan? alah yang kena isi nama, alamat, nama makbapak, semua tu lah. Yang makbapak kita dok isi kan untuk kita masa kita sekolah rendah dulu. Kalau ada 10 orang anak sekolah kat situ, 10 borang kaji selidik lah depa kena isi. Hoh melampau gila 10. Okay dah mula merapu.

By the way, salah satu daripada benda yang nak di isi adelah ruangan cita-cita kan? Ruangan wajib. Siap ada 3 pilihan lagi tu. Time kecik dulu benda ni lah yang paling pecah kepala nak fikir. Takut kalau salah letak pilihan nanti kena stick kat pilihan tu selamanya. Takut takut tu tukar pilihan lain tahun depan macam dah buat dosa terbesar. Heh.

Soo, masa tadika, okay time ni tak fikir apa apa lagi. Ingat nak gaji besar je. Siap tanya mak lagi kerja apa dapat gaji paling lumayan. So isilah;

Pilihan 1 : Tauke Syarikat
Pilihan 2 :  Peguam Bela 
Pilihan 3 : Cikgu     

Masa darjah 1 sampai 3, Cuak sikit nak tukar, so modified sikit je ;

Pilihan 1 : Peguam Bela 
Pilihan 2 : Cikgu
Pilihan 3 : Tauke kedai

*yang penting cikgu mesti ada. Sebab mak kata kerja cikgu adalah kerja paling mulia. Ecehh. Ehem.

Masa darjah 4 sampai 5, tukar sikit. Tak nak tauke kedai. Macam mustahil gila je;

Pilihan 1 : Peguam Bela 
Pilihan 2 : Cikgu 
Pilihan 3 : Veterinar

Nak di jadikan cerita, ni lah zaman permulaan aku bela kucing. Tiba tiba terdetik nak jadi doktor haiwan. Maka tulis je lah Vet. Time ni tak berpegang teguh lagi nak jadi apa sebenar benar nya besar nanti. Tulis ni pun sekadar nak isi tempat kosooong kosooong ong ong. 

Masa darjah 6, hatiku bulat suara mengatakan aku mesti jadi doktor haiwan. Tersunting satu semangat yang membakar dalam diriku ini. Maka tercatat lah sejarah ;

Pilihan 1 : Veterinar
Pilihan 2 : Cikgu 
Pilihan 3 : Pensyarah

Hatta bermula dari detik dan saat tu, aku pun bertarung berhempas pulas demi mencapai cita-cita tu. Aku tahu ianya bukan mudah. Walaupun sudah 1000 kali terjatuh, takpe, aku akan bangun untuk kali yang ke 1001. 
If you believe, you will achieve. 

Hardwork will never betray you.

Atas segala usaha, doa dan tawakkal aku, kawan kawan dan keluarga, Alhamdulillah, 

sila klik untuk tumbesaran

Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat. Tak sia sia aku pujuk hati aku sebelum ni. Tak sia sia aku bangun balik kali ke 1001. Tak sia sia. Terima kasih semua. (':

Bermula dari sini merupakan satu langkah yang amat besar. 
Ya Allah permudah kan lah jalan ku ini. 
Amin. 

A Memo

Assalamualaikum,



A memo to all who call me friends out there ; 



I may not remember your birthdays, 
But when I do, I'll make you at least feel appreciated to be born on that very day by giving you a warm birthday wishes that can make you smile all day long.  (:


I may not keep in touch with you for a very long time, 
But when we meet up, I'll make sure there will be no awkward between us. I'll show you that we will always remain friends no matter how far our distance are presently. (:


I may not be a good delicate person for you, 
But at least I'd try my best not to hurt your feelings and become a better person in life through you. (:


I may suck in consoling you while you're down to the earth,
Instead, I'll set you aside so that you can think about it all over and finds the answer within you. From there I'll give you strength and support you by your side, push you from behind, pull your hands until you're back on your feet and walk again. (:


I'm sorry if I ever hurt your feelings, friends. And by accepting me of who I am, thank you very much. I pray for our everlasting friendship. Amin. 



I'm not perfect cause nobody does. smiles. peace.

Hati

Assalamualaikum

Dalam banyak banyak benda lah kan, pujuk orang lah yang paling aku tak reti. Inikan pulak nak pujuk hati ni. Terasa lahai susah nya lah. Tapi apakan daya, siapa lagi yang boleh pujuk hati ni kalau bukan diri sendiri?

Bila nampak orang dapat benda yang kita dah lama idam kan,

" Hati, kena ingat. Allah tak kan bagi kita apa yang kita nak, Dia akan bagi kita apa yang kita perlu je. So tak payah lah nak moody tak tentu pasal. "

Jadi hati pun kembali sembuh. Walaupun tak sepenuhnya. Sebab hati ni sensitif.

Okay hati? Heharap faham lah ya. (: