Ini adalah kisah benar. Harap kawan kawan boleh ambik iktibar dari kisah ini rakan kita ni..Bismilah sebagai pembuka cerita,
A ( bukan nama sebenar ) hanyalah seorang hamba Allah, sama seperti hamba-Nya yang lain, yang tak boleh lari dari hukum alam di uji oleh Penciptanya. Berbagai ujian menimpa A, A hadapi semuanya dengan tabah. Bagi A, segala ujian ini adalah satu proses mematangkan diri untuk menghadapi masa hadapan yang mungkin lagi hebat uijan-Nya. Setiap kali ditimpa ujian, tanpa sedar tercalit sedikit luka di hati A. Walaupun seribu kali senyuman terukir di bibir A, tetapi sejuta luka di hati hanya Allah yang tahu.
B : kenapa kita ni makin lama makin banyak problem eh? tak pernah pernah nak selesai pulak tu.
A : bukan problem lah, ujian Allah.
Sekali lagi A mengukirkan senyuman dan sekali itu juga lah luka A bertambah parah. A selalu memujuk hatinya, kerana bagi A, tiada siapa yang mampu pujuk hati kita kecuali diri kita sendiri. Orang selalu kata A nampak kental dan problem-free akan tetapi semua nya itu luaran semata. Bukan topeng, tapi memang A bukan lah seorang yang gemar menzahirkan kelemahannya. Senyuman dan gelak tawa itu semua sumber kekuatan A untuk menghadapi segala ujian-Nya.
Maka pada suatu hari, Allah telah menurunkan ujian yang lebih besar. Ditakdirkan ibu A ditimpa cervical cancer. Saat itu, luka yang hanya secebis di hati terus terkoyak dan berdarah. A hilang sumber kekuatan. Masih mampu tersenyum, tetapi senyuman A semakin hambar, senyuman yang diseleputi ketakutan dan kesedihan.
A takut sangat, takut hilang ketabahannya dalam mengharungi ujian ini. A takut ibu A, ayah A, adik beradik A, keluarga besar A, hilang kekuatan mereka. Ibu A selalu berpesan ; You must be strong! We Muslims are strong people! Strong in our mind and soul. Ibu A sangat kuat orang nya. A sentiasa menjadi kan ibunya sebagai role model. Tetapi kenapa kali ini sangat sukar bagi A untuk menerima takdir Allah? A buntu akal. A hanya mampu mengadu kepada seorang rakan nya, C dan juga Allah SWT. C juga tak putus memberikan kata semangat yang A sendiri pun asal nya kabur akan setiap katanya itu. Setiap malam A menangis ketakutan. Takut akan apa? A masih buntu. Maka tak pernah lelah A berdoa dalam solatnya, tidurnya, setiap nafasnya,
'YA ALLAH, TABAHKAN LAH HATI KAMI,
BERIKAN LAH KAMI KEKUATAN JIWA'
BERIKAN LAH KAMI KEKUATAN JIWA'
Selepas pembedahan mengeluarkan tumor cancer dari tubuh ibunya, ibu A hanya mampu terlantar lemah di katil. A tahu A tak sekuat ibunya. A lemah. Sebab itu A sentiasa memerlukan Allah untuk memberikan nya kekuatan untuk menghadapi segala ujian Nya. Suatu malam, A terfikir ;
untuk apa aku bersedih? ibu ku juga masih mampu tersenyum selepas sedar, kenapa aku dengan kejam menambahkan kesukaran kami mengharungi ujian ini bersama?
A berikrar, mulai saat ini, A akan sentiasa mengukirkan senyuman di bibir ibunya, hanya satu senyuman sudah lebih dari cukup untuk A mendapatkan kembali segala kekuatanya nya. Buang segala kerisauan ibu A. Walaupun masih terdapat secebis ketakutan jauh di sudut hati A, A berjanji tak akan menzahirkan nya di mata sesiapa lagi terutama sekali kepada dirinya sendiri.
Semua nya demi ibu A. A mesti tabah dan redha.