Konklusi

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama mendiam kan diri, akhirnya saya bangkit jua! Thanks kepada F kerana menyedarkan saya betapa berhabuknya blog saya sekarang. Bro hug, bro fist, headbutt. (':

Konklusi yang ingin saya bincangkan hari ni ya anak anak ustazah yang soleh dan solehah sekalian, adelah konklusi satu sem saya dalam menceburi bidang yang saya impikan sejak kecil ini lagi. Kepada newbie sekalian, boleh lah baca ini. Jangan lupa retweet ya. Gitueww.

Sebenarnya apa yang saya perasan selama 20 tahun bernafas, celik, bersin ni, apa pn bidang yang kita amik masa degree/diploma/foundation/stpm/tabika kemas, kalau kita dah minat, in shaa Allah kita akan enjoy sepanjang hayat. Okay terlalu hiperbola kalau sepanjang hayat tu, sepanjang tempoh kita belajar mungkin. Enjoy yang saya maksudkan bukan lah berparti liar, shisha atau yang sewaktu dengan nya. Enjoy dari segi kita punya ratio time seronok belajar tu lagi banyak dari ratio time berduka. Time berduka tu time result lah rasanya. Kalau result cemerlang dengan warna berterbangan, ratio seronok tu mungkin akan naik sedikit. Maka tamatlah topik probability kita hari ni. Happy children as background music pleasee. Yayy. Adegan forever alone yang melampau. 18FA. Okay tak lawak. Move on.

Kita mulakan dengan Q&A yang acapkali berlaku ketika cuti sem ini :

Q : Susah tak course ni?
A : Secara jujurnya, agak susah. Tapi atas dasar minat, ku harungi segala onak duri. Ad kala kita jatuh, kemudian kita bangkit semula dan teruskan perjalanan. Berbekalkan doa, usaha dengan tawakkal, in shaa Allah dipermudahkan. (:

Q : Ad kena pegang babi? Tak jijik ke?
A : Baiklah hadirin yang dihormati sekalian, untuk pengetahuan semua saya baru tamat satu sem ya. Maka saya belum lagi berkesempatan untuk memegang atau mengkaji babi. Itu memerlukan level yang lebih tinggi. Saya masih noob berhingus lagi. Oh dua soalan dalam satu ayat? Menarik menarik. Kalau difikirkan secara waras, memang lah jijik. Tetapi ibarat pepatah kata; tak kenal maka tak cinta. Bukan bermakna saya nak bercinta dengan babi itu Oh tidak. Maksud saya tak semua dapat pengalaman bermain sambil mengkaji haiwan sedemikian rupa. Bukannya tak boleh samak lepas tu. Eh ada kena mengena tak dengan pepatah tadi?

Ada banyak lagi soalan panas dan hangit yang ditujukan ketika sesi temuramah di MHI tempoh hari. Namun atas kekangan masa, saya hanya sempat menjawab 2 daripadanya sahaja. Maka kita beralih ke segmen iklan dan dengan itu tamatlah sesi konklusi bersama Dr. Professor Datin Syahirah Lopez Monterez dari University of Zimbabwe. Salam satu malaysia.