Childhood's Dream

Assalamualaikum,

Ingat tak waktu kita kecik kecik doluu, mesti ada borang kaji selidik diri kan? alah yang kena isi nama, alamat, nama makbapak, semua tu lah. Yang makbapak kita dok isi kan untuk kita masa kita sekolah rendah dulu. Kalau ada 10 orang anak sekolah kat situ, 10 borang kaji selidik lah depa kena isi. Hoh melampau gila 10. Okay dah mula merapu.

By the way, salah satu daripada benda yang nak di isi adelah ruangan cita-cita kan? Ruangan wajib. Siap ada 3 pilihan lagi tu. Time kecik dulu benda ni lah yang paling pecah kepala nak fikir. Takut kalau salah letak pilihan nanti kena stick kat pilihan tu selamanya. Takut takut tu tukar pilihan lain tahun depan macam dah buat dosa terbesar. Heh.

Soo, masa tadika, okay time ni tak fikir apa apa lagi. Ingat nak gaji besar je. Siap tanya mak lagi kerja apa dapat gaji paling lumayan. So isilah;

Pilihan 1 : Tauke Syarikat
Pilihan 2 :  Peguam Bela 
Pilihan 3 : Cikgu     

Masa darjah 1 sampai 3, Cuak sikit nak tukar, so modified sikit je ;

Pilihan 1 : Peguam Bela 
Pilihan 2 : Cikgu
Pilihan 3 : Tauke kedai

*yang penting cikgu mesti ada. Sebab mak kata kerja cikgu adalah kerja paling mulia. Ecehh. Ehem.

Masa darjah 4 sampai 5, tukar sikit. Tak nak tauke kedai. Macam mustahil gila je;

Pilihan 1 : Peguam Bela 
Pilihan 2 : Cikgu 
Pilihan 3 : Veterinar

Nak di jadikan cerita, ni lah zaman permulaan aku bela kucing. Tiba tiba terdetik nak jadi doktor haiwan. Maka tulis je lah Vet. Time ni tak berpegang teguh lagi nak jadi apa sebenar benar nya besar nanti. Tulis ni pun sekadar nak isi tempat kosooong kosooong ong ong. 

Masa darjah 6, hatiku bulat suara mengatakan aku mesti jadi doktor haiwan. Tersunting satu semangat yang membakar dalam diriku ini. Maka tercatat lah sejarah ;

Pilihan 1 : Veterinar
Pilihan 2 : Cikgu 
Pilihan 3 : Pensyarah

Hatta bermula dari detik dan saat tu, aku pun bertarung berhempas pulas demi mencapai cita-cita tu. Aku tahu ianya bukan mudah. Walaupun sudah 1000 kali terjatuh, takpe, aku akan bangun untuk kali yang ke 1001. 
If you believe, you will achieve. 

Hardwork will never betray you.

Atas segala usaha, doa dan tawakkal aku, kawan kawan dan keluarga, Alhamdulillah, 

sila klik untuk tumbesaran

Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat. Tak sia sia aku pujuk hati aku sebelum ni. Tak sia sia aku bangun balik kali ke 1001. Tak sia sia. Terima kasih semua. (':

Bermula dari sini merupakan satu langkah yang amat besar. 
Ya Allah permudah kan lah jalan ku ini. 
Amin. 

No comments: