Kisah gadis noob masuk bank.

Assalamualaikum.

Dengan bangga serta takbur dan ujub nya, saya mengumumkan, gadis noob tersebut tak lain dan tak bukan, watak utama dalam blog SyiROWHAT? iaitu;
 Nur Syahirah Zainuddin! 
*bunga api puhleasee
aku tahu, kau orang semua mesti tangah bersorak sakan melompat lompat sambil masing masing berlumba nak tekan butang merah X kat hujung kanan skrin ni. yeah yeah!! teruskan perjuangan anda sampai ke titik air hidung yang terakhir! 

okay. stop merepek. back to topic.

aku pernah post awal tahun ni berkenaan kebencian terhadap bank, dan ya, aku terpaksa melalui saat getir tu sekali lagi semalam. tetapi kali ni lebih menjengkelkan - buat akaun bank rakyat sendiri. *matriks punya pasal. terus terang, ni first time aku buat akaun sendiri. sebelum ni makbapak aku dok buat kan while aku duduk kat kerusi makan kuaci. mithali kan? well, tu tika zaman jahiliah aku. sekarang dah masuk zaman kegemilangan *bagi budak lepasan SPM mak aku paksa jugak aku buat akaun bank rakyat semalam. reminder ; PAKSA.





soooo, lepas isi segala borang, *ceh, cakap macam banyak. padahal satu je. aku pun ambil nombor kat penunggu mesin tett tett tu. aku tengok nombor aku, 3020. nombor sekarang, 3017. alhamdulillah, tak jauh dah ni. aku pun duduk la sebelah kakak aku. *dipaksa teman tunggu punya lah sekejap sampai 2 jam. mahu tak gila aku. aku sampai kat bank pukul 2.30, nombor aku kena panggil pukul 4.30. hebadd kan? lepas habis segala sesi soal jawab, pegawai bank suruh aku duduk. tunggu nama kena panggil.

10 minit lepas tu, aku dengar kakak pegawai tu panggil nama aku dengan suara merdunya. aku dengan confident nya, bangun dan melangkah ke kaunter. tiba tiba kakak tu repeat ; Syamirullah! mahu tak malu aku. dengan muka mintak penampar, aku pun patah balik dan duduk sebelah kakak aku balik. well, tak boleh nak gelakkan aku jugak, aku noob. kan? kan? tak guna haters a.k.a orang yang gelakkan aku kat bank tadi. ciss! by the way, Syamirullah = Syahirah ? boleh lahh. :))

lol. jual herba dalam bank? 

menu mama papa grills pun bolehh. 
hei kau orang! sebelum masuk bank, bawak segala komik atau psp atau apa apa barang yang boleh menghiburkan hati yang menderita tunggu nombor nak naik. okay? peace. ;))



No comments: