Berdiri sama rendah, Duduk sama tinggi

Assalamualaikum.

Okay aku tahu. Pepatah kat atas bunyi agak pelik dari pepatah sebenar and guess what? tu pepatah baru aku yang aku baru je reka dalam 5 saat yang lalu. ceh, bajet taip kat keyboard laju je kan. 5 words per second. Bukan nak takabur, tapi memang dah fakta. Almaklumlahh, jari orang potong bawang ~ uhuh uhuh.

Lagi sekali, aku ingin membuat pengakuan berani mati ;

Ya kawan kawan. Tinggi aku mencecah 152 cm iaitu 5 kaki 2 inci. Kepada kawan, rakan, sahabat di luar sana yang lebih tinggi melampai menggapai awan, tolong lah bengkok kan lutut atau at least duduk kalau nak bercakap dengan aku. Sakit kepala tahu pandang atas semata mata nak tengok muka non-hotsetaff kau orang ni?


aku sedar, pendek tak tinggi telah meletakkan aku dalam satu batasan ketinggian untuk aku melalui rona kehidupan yang penuh pancaroba ini. *sumpah tak tipu. ni bukan ayat novel! kalau nak listkan, berjela lahh. sebagai contoh, dekat library; nak ambil buku dekat rak tinggi je, hahh mula lah terkinja kinja, jengketkan kaki, buat aksi lompat tinggi, kuak lentang, walau hakiki nya memang tak kan dapat buku tu sampai library tutup pun. last last dapat apa? yes. penat. lagi? kalau dalam sukan, in present aku main basketball. lagilahh perlukan ketinggian, kalau tak, memang sedap lah kena lanyak pijak sebelah kaki tutup sebelah hidung dengan pihak lawan. akan tetapi ya penonton, heh, macam oprah show lah. pombolehh. *back to the topic. ya! akan tetapi, aku tak pernah rasa menyesal atau marah kepada Allah akan ketinggian aku ni. sebab aku tahu, ada lagi manusia yang lagi pendek dan ketot dari aku! WAHAHA. okay kejam. 

sebenarnya niat suci aku bukan nak mengejek mahupun memperkecilkan kaum aku yang memang dah sedia ada kecil molek ni. aku nak cerita, pasal ketinggian yang lain. hak yang ni, ketinggian nala punya. okay aku berjaya rosakkan bahasa utara. tolong jangan pukul aku. =..=

Harapan IbuBapa

ya. harapan ibubapa sangat tinggi melangit sampai langit ketujuh untuk melihat anak anak yang telah ditatang bagai minyak yang penuh, kalau tertumpah, sanggup lap perah balik masuk dulang, berjaya di peringkat tertinggi seterusnya membalas jasa mereka yang tak berbelah bagi. haaa~ semput~

aku akui, aku banyak sangat salah dan silap terhadap ibubapa aku, aku banyak menyusahkan mereka,  banyak habiskan duit mereka dengan aktiviti tak berfaedah, sebab tu aku rasa menipu sangat kalau nak cakap orang macam aku ni benci kat ibubapa aku kan? memang aku tak pernah sekali pun lahirkan walau secebis rasa benci terhadap mereka walaupun kadang kadang aku kena lahh smack down sampai patah 8 tulang telinga aku, tetapi bila aku fikir balik, semua yang mereka buat adalah demi kebaikan aku sendiri. aku memang nakal sangat dulu. lagi nakal dari upin ipin. *betulbetulbetul bayangkan kalau dulu mereka tak smack down aku ala ray mysterio, aku dah tak jadi orang sekarang. maka aku sangat bersyukur dengan Allah kerana mengurniakan aku ibubapa yang boleh aku sayangi dan disayangi. sebagai timbal balik, kita mesti, harus, wajib tunaikan hasrat mereka kan? insya-Allah mama, ayah, syira bakal realisasikan impian, hasrat dan harapan mama plus ayah. (:


" if you believe, you will achieve "

peace (:


2 comments:

Sofea said...

cayalah kau! haha

SyiRO. Syira. Syasya. said...

(: pombolehh puteh. haha.