Padini WET-house sale .

Assalamualaikum.


RM5 onlehh ? ohmaii cepat cepat angkat kain lari ke warehouse tersebut. Sesudah sampai memang semput ~ Dah nampak dah pintu gerbang warehouse plus ramai orang keluar bawak 3 - 4 beg plastik padini yang gedebuk besar nangka tu. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa eksited nya mek bila baca rm5 tuhhh.

okay asal muqadimmah macam thaiyick ? -.- 

Seawal 1 pm aku park kereta yang terletak 5 minit dari tempat kejadian #awalnya.kau.bangun.jahh. Oh ya with my mommah and my adik yaww. fyi semata mata. :D Punya lah eksited tak terhingga, kami berlari anak anak comel menuju ke warehouse tersebut. Hah amik kau tersentap mata mak, beratur punya lahh panjang kat gate macam ada charity give-away untuk mangsa gempa gempur lah. Kami terpaksa berjalan 10 minit dari gate ke ekor belakaaaaaaaaang *tak.boleh.nak.panjang.lagi.ke? sekali untuk beratur. Memang best lah nak shopping pun kena beratur 1 jam kann. 

Selesai 1 jam aku menonggeng macam nak gilae, akhirnya menapak jugaklahh aku dalam warehouse beliau. Ku sangka kan pemandangan nya seindah fatamorgana, angin bertiup sepoi sepoi bahasa, manusia saling bertolak ansur, tak lokek dengan senyuman. Pfft, memang 360 darjah lahh. Manusia melapah baju macam 10 hari tak makan, keadaan nya macam kilang tu nak dirobohkan esok je, angin kentut memang sepoi bahasa tak payah cakap lahh kan. Bersenam aku duduk dalam tu. Macam sauna exclusive yang free lah for short. 

Yang tak tahan nya wehh, ni ruang perempuan lah. Hey jantan ! yang kau amik high-heels dengan handbag tuh pasai apa ? Tak tipu nampak gila rakus semua orang kat situ. Hey kalau baju lawaa aku considerate lah kan, baju memang semua stok tak laku yang kau bagi RM5 and semua orang pakat beli sampai 4 - 5 pelastik tuh pasai apa ? Eh kenapa tak beli satu gudang je kalau kau rasa baju tu lawaa sangat ? aku memang kecewa tahap dewa19 lah. Beli 2 helai je untuk aku. Tu pun sebab nak sedapkan hati, nak keluar dari situ at least ada lah cumi-cumi sikit. sobs.

Eh ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hujan anjing dan kucing hamikk kau. Kereta dah lah jauh. *oh tadi tak rasa jauh sebab tak hujan :D Dengan muka ketat nya, kami semua redah je lah hujan. Redhaa je lah. Hah amik kau siapa yang pakai baju mahal mahal, kasut nak supra je, terkekek kekek kau lari tak boleh terima kenyataan barang berharga kau kena hujan. Wallet, handset dah simpan awal awal dalam pelastik baju murahan tu. Handset awok bukan water ressist, tolong faham. 


 Basah kuyup kau jahh main hujan. Heharap tak demamm lah kan di kemudian hari (:

Maka beruntunglah kepada mereka yang hanya memakai selipar cap kambing (:

Psst, lupa bawak handset sebab eksited nak shopping. ni je gambar yang termampu di tangkap. Peace. 

No comments: