COUPLE-ing

Assalamualaikum.

Hmm. Percaya atau tidak bahawasanya Nur Syahirah Zainuddin melalui kehidupannya selama 18 tahun tanpa terikat dengan mana mana lelaki atau dalam erti kata lain-couple. ya ya. Peduli apa aku? Bagi aku, penting sangatkah seseorang itu untuk mempunyai lelaki *selain ayah aku of coz dalam melalui zaman remajanya? mungkin ada yang tak boleh hidup tanpa lelaki. Ye lahh. Nak merasa diri disayangi, ada lah yang caring, tanya soalan cemas macam " dah makan? tengah buat apa? dah berak? dah tu? dah ni? ". oh ye. every single minute. HAHA. rasa macam artis kan? kan? tinggal si dia tak minta tanda tangan setiap kali dating je. Lol.

Syiro + John. :D

Oh. Aku bukannya tak mahu. Eh, Aku memang tak nak pun bercouple. Bukannya tak laku pun. Hell-o. Siapa yang nak kat saya, angkat tangan macam saya~ Sila isi borang secara online. Temuduga akan dijalankan dalam masa terdekat. hehe. 

1. Perasan muda
aku perasan yang umur aku baru 13 tahun ke bawah dan itu memang sebab munasabab yang kukuh untuk aku tak mahu bercouple lagi. insting muda ni telah menyebabkan aku berkelakuan seperti monyet kadang kadang. hey, hidup macam kanak kanak menarik bukan? zero masalah. segala apa kesalahan yang kita buat, dewasa akan fikir  "alahh, budak lagi." tiket wayang pun murah. masuk tandas free. indahnya dunia kanak kanak. okay. back to reality. hakikatnya muka dah macam rebecca black. fun fun think about FUN

2. Memilih
okay. hakikinya memang aku seorang yang cerewet. kalau boleh, aku nak yang kaya, handsome, pendek. tett. semua yang aku nyatakan tadi dalam drama ada lahh. drama melayu. penuh kepura-puraan semata mata. aku sangat determine ya. dalam 18 tahun aku hidup, rasa rasa tak ramai yang menepati ciri ciri yang aku cari dalam diri seseorang lelaki; solat cukup 5 waktu, periang, tak merokok, tak selekeh, muka tak tahu malu. hahh. susah susah. sesiapa yang rasa cukup kriteria yang dinyatakan, sila hantar borang sebelum tarikh luput. 

3. Duit oh duit
duit memang penting dalam dunia marcapada ini. dan untuk mengurangkan bebanan mak aku untuk membayar bil telefon aku pada tiap tiap bulan. oh anak mithali nya aku. kalau aku bercouple, mahu melambung bil air, eh, bil telefon aku. kalau tak ber-sms, telefon. kalau dah telefon tu, takkan telefon 2 atau 3 minit je. mahu merapu sayang sana sini dengan ayat bunga taik ayam semua, boleh ambil masa 1 ke 2 jam. fuhh. berapi telinga. tak kira lagi berapi hati mak aku nak membayar bil aku nanti. tu baru telefon. masa dating, tak kan nak makan restoran mamak kan? paling kurang arabic cafe', secret recipe, pasal nak tunjuk kasih sayang yang membuak buak, sanggup keluar lagi duit bayarkan makan minum tadi. walhal, duit tu boleh guna nak beli cd game ke, gula gula ke. kan? 

4. Bertengkar
memang adat lah. even orang yang dah kahwin pun, nampak kat luar bukan main mesra, bertepuk tampar sana sini, kat rumah, segala pinggan mangkuk periuk dibaling kalau bertengkar. kalah game world of wars yang adik aku selalu main tu. bukan sebab apa pun, benda paling remeh pun boleh bergaduh. lupa birthday, gaduhh. lupa anniversary, perangg. lupa balas mesej, wrestlingg. ohh. aku tak bersedia lagi. sebaik pinggan mangkuk kat rumah aku semua dari plastik plastik belaka. *tipu

konklusinya, terpulanglah kat kau orang nak couple ke tak. tapi bagi aku, semua ni tak penting lagi. tunggu lah kewangan dah stabil semua, lepas tu nak couple sampai kahwin pun bolehh. 

Hidup ini bukan untuk disakiti, tapi untuk dinikmati. PEACE. 


2 comments:

finasayang said...

ya ya yaaa , aku sangat setuju !

Syahirah Z said...

high 5 fina! ;D