Mari Jelajah Pasar Pagi !



Assalamualaikum.

Jadi, terhibur kah anda dengan video di atas? Di sini, saya ingin menyatakan kekesalan saya terhadap si pembuat video. Sanggup mempergunakan siput sedut sebagai wadah untuk kepuasaan sendiri semata mata. *muka tak tau malu 

Okay. Bila aku cakap pasar pagi, i really mean it. Aku terpaksa bangun pukul 4 pagi sebab nak kejarkan pasar yang berlokasi di Klang tu. Ayah aku cakap, pasar tu mula buka pukul 2 atau 3 pagi, dan tutup pukul 7 pagi. Uuu mak aii, memang kalah 7e lahh. Punya ramai orang - berpusu pusu nak beli ikan lah, kerang lah, siput sedut lahh. Haa, aku bukan nak cerita pasal keadaan pasar pagi tadi. Aku sebenarnya nak ce cite kejadiaan menarik yang terjadi pagi tadi.

AH MOI.
Kat pasar basah tu, boleh kata 99% tauke ikan dia orang cina. So, pendek cerita, yang pekerja pekerja dia boleh kata 90% bangla. aku bukan nak cakap yang aku ni racist ke apa. TAKK. dah memang dia orang tu bangla kan. :) jadi, yang bangla bangla ni dok memekak lah "IKAN MURAH IKAN MURAH". meriah. Semeriah konsert justin bieber 2 hari lepas. haha. Tengah aku lalu sebelah seorang bangla yang dok memekak ni, tetiba dia berhenti memekak, dia pandang aku pastu cakap " ah moi, mau ikan mana? ". Aku tersentap bhaii. Nak kata muka aku macam cina, sah sah lah mata aku sebulat kuning telur mata kerbau. Nak kata aku putih, kulit aku kuning langsat. Tang mana tah dia boleh panggil aku 'ah moi'. Tu lah. Pengaruh majikan. Sampai cakap pun tersyasyul *tersasul

Suspek ; Ah Chong
Shark Tale
Oh yang ni tak ada apa apa. Cuma aku teruja tengok orang jual jerung sebijik kat pasar. Kira kilo pulak tu. Hmm. Is it legal by the way?


Ye KAK?
Okay yang ni menarik. Situasi; aku dengan ayah aku nak pergi beli petai. Ada seorang budak perempuan ni tengah jaga kedai *aku tak tau istilah tapak tuh. Tengah usha-usha petai yang nak di beli, tiba tiba budak perempuan tu cakap " ye kak? ". Aku bajet dia tengah tegur aku lah. Aku pandang dia, senyum. Tapi dia tengah pandang ayah aku. Sebab ayah aku yang tengah belek petai tu. Lepas tu ayah aku tanya " Satu ikat berapa dik? ". " 3 ringgit satu kak. ". Terdiam aku. Rupa-rupanya yang tadi dia tegur "kak" tu pun ayah aku. Punya lah aku tahan gelak. Apa comel sangat ke ayah aku sampai di salah tafsir sebagai "kak"? Lain lah kalau ayah aku tuh muka macam J. Alexander dalam american next top model tu kan. Muka punya kontrol macho. Aku tak tahu menahu pulak budak tu asal orang mana. eh, ada ke negeri lain yang gelar lelaki tu "kak" kat Malaysia ni? Kalau ada, habaq mai. Cek nak tau gak. 

Nadi semua penjual. No penimbang, No income. :DD


Tu sahaja dari aku hari ni. Aku nak berpantun sikit boleh? eh, ada kau orang kisah ke? *tangan di dada, mata ke atas*


Santan Ayam Ikan Tenggiri,
Panjang Umur Jumpa lagi. 


Sorry .
Aku tak reti berpantun.
Peace.  :))

No comments: