COW GONE MAD IN KUALA PILAH!!

-translated into malay-

dari kiri: Mohsin, Junid, Pusaran di karnival jom heboh.
Cow (Carlos), Ashley, Kid Cow Pictures, Images and Photos27 Nov, Kuala Pilah - Kejadian aneh telah berlaku pada pagi raya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Haiwan ternakan pada kebiasaannya akan pasti dapat dikorbankan pada hari raya korban. Meskipun demikian, seekor lembu, Pusaran, 2, dengan jayanya melepaskan diri daripada dikorbankan. Atas kejadian tersebut, Pusaran telah bertindak drastik lagi proaktif membebaskan rakan-rakannya yang lain. Tuan kepada Pusaran, Junid, 6, turut serta dgn pelarian pusaran. ibu kepada junid, Musalmah, tidak berbuat apa-apa terhadap anaknya, sebaliknya, memberi sokongan yang padu atas tindakan anaknya. Disini kita dapat melihat seorang ibu perlulah sentiasa menyokong setiap tindakan anak-anak mereka.
" Saya tidak menyangka Pusaran merupakan seekor lembu.....", kata bapa junid, Mohsin, dengan sayunya. Pihak kami tidak  berapa memahami apa yang cuba disampaikan oleh Mohsin. Mohsin sudah membuat laporan polis atas pelarian lembunya sahaja. Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Pak Cik Kar, mengulaskan pendapat beliau "Saya malas nak layan kes ini, tapi apakan daya, maybe dapat daging Pusaran sket, so, like, whatever. Tutup mikrofon skarang boleh tak?"... Jurukamera di bantai oleh Pak Cik Kar sejurus selepas itu. Kami hanya melihat dari jauh. Kepada mana-mana pihak yang terjumpa kelibat pusaran and the geng di mana-mana kedai kopi berdekatan, hubungi kami pada talian tersebut: 014 - tekan-tekan - tak dapat.






3 comments:

aku-budak-baik said...

lawak sgt2. tingkatkn lg usaha tau!!

Unknown said...

looool...ko mmg genius bab2 buat laporan palsu nih...haha

Sofea said...

hahaha,takle blah! haritu aku nmpk kt rumh kau! :D