Chemistry dengan bola .

Assalamualaikum.


Dah puas tengok gambar yang terpampang di atas ni? i give you another 2 seconds. no pressure. 

time's up! okay hari ni aku bukan nak membebel sambil kunyah asam celah gigi pasal kekalahan skuad harimau malaya terhadap singapura. Tahniah kepada mereka juga kerana dapat menjaringkan satu gol. Sekurang-kurang nya kalah bermaruah bak kata orang sukan macam aku. ecehh. terpromote diri pula.

Aku juga tak menafikan kehebatan players singapura kerana dapat menonjolkan bakat lakonan yang first kelas di atas padang bola bukit jalil semalam. click here. aku sokong 100% hujah beliau dan aku yakin kalian juga akan memberi thumbs up menggunakan ibu jari kaki lepas baca entry beliau sepertimana yang aku lakukan 5 minit yang lalu. 

main story ; terus terang, aku tak pernah lagi tengok bola dengan kawan perempuan. Sebelum ni, aku akan kautim dengan adik lelaki aku plus ayah aku, kita orang akan port kat restoran mamak terdekat. tak payah cakap lahh kan. tengok bola kat mamak memang the best. bukan nak kata aku suka dikelilingi lelaki *sebab memang 95% dari penyokong bola kat sana lelaki tapi suasana tengok bola kat mamak memang tak boleh nak sangkal. gemuruh jiwa semangat membara tak hengat dunia, memang terbaikk. tetapi sejak aku masuk kolej, ni lah kali pertama aku tengok bola dengan perempuan perempuan yang fanatik bola. i really mean it. penuh satu bilik TV. =..= okay aku tahu kau orang semua dah melompat mengilai tak keruan tunggu aku buka layar. aku nak ce cite lah ni..

1. Sebelum mula game ; kalau dah kata perempuan kan, tangan memang tak pernah lekang dengan novel cinta mahupun buku ilmiah seperti lawak kampus. hati kecil aku akan berbisik, " alah, nak jadi cukup syarat je tu. " sebab kalau dah tengok game, memang buku melayang tang mana pun siapa pun tak kisah. lepas habis game, terkial kial cari buku yang memang bersih tak bersentuh selama 2 jam game. tak apalah, dapat lah dia angin kan buku tuh. tak adalah berkepuk bawah tilam kan kan?

2. Baru mula game ; bila nak mula game, senarai nama pemain akan keluar kan kan. semua orang pun kan, buat muka ketat kan, berusaha baca tulisan font -10 kat skrin plasma 32 inci tu kan. *terjun bangunan masing masing akan hafal nama ibarat menghafal formula kimia untuk quiz esok. bila keluar soalan ; state 1 bohr's postulate. answer ; safee sali as captain. memang lecturer ultraman kertas kau orang stright foward. FAILED!

3. Masa game; Jerit nama players disambung dengan jeritan " pakwe aku! pakwe aku! ". hey, Apek dah ada girlfriend okayy. and that lucky girl is me! wahaha. nak ambik safee sali, dah berbini, tak pasal bermadu lebah lah aku. Kembar pn dah kahwin. haihh mereka ni, nak jadi player jangan lahh kahwin dulu! melepas lahh kami. hehe.

4. Jerit sampai nak terkeluar halkum walhal bola jauh lagi dari tiang gol. yang aku tak tahan, masing masing pun rajagobal wannabe. " hah pass bola kat orang depan tu! orang sana kosong lah! hah naik naik! " aku tak tahu pula rajagobal banyak imposters. rasa bole buat cosplay rajagobal tak lepas ni?

5. Sorak macam ada audition cheerleaders peringkat kebangsaan. ada yang dah melompat atas kerusi. *kesian kat kerusi pfft. mengilai memang dah confirm lahh kan. siap tepuk tangan sebab apa? jangan tanya. aku tak ingat pula ada konsert amal tengah padang tu yang membuatkan orang terharu sampai tepuk tangan.

6. Nervous tahap maksima. aku rasa yang menonton ni lagi penat dari players atas padang. aku tak tipu, aku terdengar ada lahh dua tiga orang siap berdoa bagai. rasa macam nak sambut baby lahir je. aku rasa kalau exam pun tak adalah nervous macam ni kan? 

7. Tak cukup lagi, ada lahh manusia yang siap minta tolong time game. " tolong lahh pass. tolong lahh gol. tolong lahh masak. eh? ". kau orang ingat ni talian nur apa nak minta tolong? 

8. hah yang ni paling best. perempuan kalau mulut tak laser memang bukan perempuan lahh kan. panass je lah bilik tv semalam. " HEY KAU INGAT KAU MAT SALLEH KAU HOT LAH?! ELEHH MANJA! BALIK BAWAH KETIAK MAK LAHH! EH EHH. DA LAH TAK HENSEM. ADA HATI NAK MINTA BOLA?! " aku tak tahu menahu pula kalau nak minta bola kena hensem. kira nya sebelum dia orang turun padang, kena pakai segala foundation campur dengan bedak 4 kilo, baru orang boleh pass bola lah? cit. don't judge book by it's cover lahh! 

tapi, aku rasa kegembiraan yang maksima di sebabkan oleh kemeriahan yang melampau dan berjaya menggegarkan blok vega semalam. serious tak tipu, telinga aku pekak 10 saat lepas gol pertama. okay, banyak nya aku membebel hari ni. penat. time to pen off. preeeeeet!



peace for HM (:

7 comments:

Sofea said...

hahah, lawak gila seh!

Anonymous said...

backlinks seo seo information backlink service how to build backlinks

Anonymous said...

It’s extremely helpful for me. Big thumbs up for this blog post! Payday Loans

Anonymous said...

Wow that was strange. I just wrote an really long comment but after I clicked submit my comment didn’t show up. Grrrr… well i’m not writing all that over again. Regardless, just wanted to say superb blog! UT Sandy Payday Loans

Anonymous said...

immortalsae.blogspot.com click here for info Bill melakukan , berbakti penuh kasih , hal suami bersangkutan , mengunjungi saya dalam rumah sakit tapi tetap memiliki putri tertua saya melakukan massal dalam pekerjaan rumah tangga , saya menemukan

Anonymous said...

Hello there! I simply would like to give you a huge thumbs up for the great info you have right here on this post. I will be returning to your site for more soon.

[url=http://xrumergeek.com]xrumergeek[/url]

Anonymous said...

You are so interesting! I don't believe I have read through a single thing like that before. So great to find somebody with some unique thoughts on this issue. Seriously.. many thanks for starting this up. This website is one thing that is required on the web, someone with a bit of originality!

[url=http://truebluepokies4u.com]more information[/url]